Penerbitan & Promosi Buku

 

AHMAD FADLI ABD AZIZ
Penolong Pengarah, Urusetia Tetap MBKM
E-mel: fadli.aziz@moe.gov.my
Tel: +603 8321 7003; Faks: +603 8321 7012

Fungsi unit Penerbitan & Promosi Buku:

  1. Merancang dan menyelaras penerbitan bahan bercetak dan elektronik yang mempunyai nilai sejarah dan warisan.
  2. Memberi khidmat nasihat terhadap penerbitan buku yang penting bagi pembangunan ilmu pengetahuan, khususnya dalam bahasa Melayu.
  3. Menjalankan kajian dan penilaian semasa bagi menambah baik mutu penerbitan buku.
  4. Mengurus dan menyelaras penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
  5. Menyelaras dan memantau pengelolaan pesta buku peringkat negeri dan kebangsaan anjuran agensi lain dan pihak industri buku.
  6. Mengurus penyertaan delegasi negara dalam aktiviti promosi buku dan hak cipta Malaysia di pesta buku antarabangsa luar negara.
  7. Menyelaras aktiviti urus niaga hak cipta antara penerbit tempatan dengan penerbit luar negara.
  8. Menjalankan usaha sama dalam aktiviti penerbitan dan promosi pelbagai genre buku tempatan.
  9. Mengurus dan menyelaras aktiviti anugerah buku kebangsaan dan anugerah lain yang berkaitan dengan industri buku.