Penganjuran Forum Dialogue “TCC Kuala Lumpur: EntryPoint to South East Asian Market”

Objektif

  • Memperkasakan industri buku di Malaysia dengan mempromosi dan memasarkan Trade and Copyright Centre, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (PBAKL 2012) bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat luar negara di PBAKL 2012
  • Memperkenalkan industri terjemahan dan penerbitan Malaysia di arena antarabangsa
  • Menjenamakan semula KLIBF sebagai entry point kepada perdagangan hakcipta diantara negara-negara Asia tenggara dan benua Amerika, Eropah, Timur Jauh, dsb.
  • Mengeratkan lagi jalinan antara pemain industri tempatan dan industri perbukuan dunia

 

Tarikh: 12 Oktober 2012
Tempat: Frankfurt BuchMesse, Germany
Kumpulan Sasar: Pemain industri antarabangsa dan pembeli potensi karya-karya Malaysia
Kejayaan /Impak:

Forum ini telah berjaya memperkenalkan dan menjenamakan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk kepada pasaran Asia Tenggara yang sangat besar. Pasaran ini adalah sangat bernilai kerana ianya membuka ruang kepada pembelian bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan disokong oleh semua negara melalui Asean Book Publishers Association (ABPA).

Forum ini juga membuktikan industri perbukuan Malaysia menyahut saranan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yaasin dalam ucapan perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 20 Mac 2010 yang lalu telah menyarankan agar “…Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur perlulah diangkat statusnya, dianjakkan fokusnya, dan diaraskan menjadi pusat perdagangan industri buku sekurang-kurangnya bagi rantau asia dalam jangka masa 10 tahun yang akan datang, iaitu pada PBAKL 2020.”

Satu sasaran yang memerlukan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat dalam industri perbukuan Malaysia, namun pastinya berbaloi untuk dinikmati semua jika saranan ini disahut dengan bersungguh-sungguh