Penerbitan Katalog 50 Best Malaysian Titles for International Rights

Penghasilan katalog ini bertujuan untuk memperkenalkan, mempromosikan dan menjual karya-karya terbaik Malaysia ke pasaran dunia. Katalog khas yang mengandungi senarai 50 karya terbaik tempatan dipilih dan diterbitkan secara tradisional publishing serta juga secara online.

Tarikh:
September 2011

Tempat:
www.50bestmalaysiantitles.org

Kumpulan Sasar:
Pemain industri antarabangsa

Kejayaan/ Impak:

Katalog ini memaparkan 50 karya terbaik Malaysia untuk pasaran hakcipta antarabangsa dan merangkumi genre Art & Design / Photography , Bibliography , Children, Cooking, Fiction, Folktales And Folklores, Islam, dan Social / Culture / History. Katalog ini telah memudahkan perundingan dan berjaya menarik minat pemain industri antarabangsa untuk mengenali dan mendapatkan hakcipta perbukuan Malaysia. Oleh kerana katalog ini juga diterbitkan dalam bentuk digital di laman sesawang yang berkenaan, urusan promosi 50 karya terbaik Malaysia ini dapat dijalankan sepanjang masa.