Kursus Profesional Selling Rights: Intermediate and Advance Level Course

Objektif

  • Menyediakan warga industri yang berkebolehan dan profisien dalam bidang penjualan dan pembelian hakcipta
  • Menggalakkan lahirnya lebih ramai penerbit yang arif tentang selok belok dunia hakcipta bagi mengisi keperluan pengembangan TCC Kuala Lumpur sehingga tahun 2020 seperti yang disarankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan perasmian KLIBF 2010 yang lalu.
  • Menjenamakan semula KLIBF sebagai entry point kepada perdagangan hakcipta diantara negara-negara Asia tenggara dan benua Amerika, Eropah, Timur Jauh, dsb.
  • Mengeratkan lagi jalinan antara pihak MBKM dan industri perbukuan.

 

Tarikh:  11-13 Julai 2011
Tempat:  Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Kumpulan Sasar:
 Pemain industri tempatan serta antarabangsa dan pegawai penerbitan KPM

Kejayaan/Impak:

Kursus ini telah berjaya melatih para pemain-pemain industri untuk mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi dengan lebih efektif ketika urusan perdagangan hakcipta dalam dan luar negara. Dengan penyertaan daripada negara-negara luar seperti Singapura, dan Indonesia, kursus ini juga merupakan langkah yang tepat dalam menjenamakan Malaysia sebagai pintu masuk kepada pasaran Asia Tenggara yang sedang pesat berkembang.

Kehadiran penceramah jemputan antarabangsa yang sangat terkenal dalam bidang penjualan hakcipta iaitu Ms Lynette Owen daripada Pearson Limited United Kingdom juga memberikan impak kepada pemain rantau ini bahawa Malaysia sangat serius dalam memposisikan Kuala Lumpur Trade and Copyrights Centre sebagai hub penjualan hakcipta Asia Tenggara.