Bologna International Children’s Book Fair 2011

Bologna International Children’s Book Fair (BICBF) merupakan sebuah pesta buku yang menghimpunkan penerbitan karya kanak-kanak dari seluruh dunia dalam bidang sastera, multimedia dan pendidikan kanak-kanak. Penyertaan ke BICBF 2011 oleh delegeasi Malaysia adalah untuk :

  • Membina hubungan dan rangkaian bersama sekretariat Bologna Children’s Book Fair , Presiden International Board on Books for Young (IBBY) sebagai rangkaian antarbangsa berkaitan perbukuan kanak-kanak
  • bertukar pandangan tentang program mengantarabangsakan sastera tempatan ke negara luar yang rata-ratanya telah berjaya dilakukan oleh negara seperti Norway , Jepun dan Korea;
  • menyatukan penerbit Malaysia khususnya penerbit kecil dan penulis serta penterjemah Malaysia dalam satu kontinjen bagi sebarang pesta buku antarabangsa agar kehadiran penerbit dari Malaysia lebih dirasai;
  • mempromosi dan memasarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 11) bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat luar negara di PBAKL 2012;

 

Tarikh: 25 hingga 29 Mac 2011

 

Tempat: Bologna Fair Centre Piazza Costituzione Entrance, Bologna, Italy

 

Kumpulan Sasar:

Penerbit daripada agensi kerajaan dan swasta. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud , Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia , Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, wakil Perpustakaan Kuala Lumpur, Yusof Gajah Lingrard Literary Agent dan Future Ace Sdn. Bhd.

 

Kejayaan/ Impak:

  • Karya tempatan dapat diketengahkan ke pasaran antarabangsa
  • Impak kepada sistem pendidikan melalui latihan dan bengkel yang berterusan dalam bidang penulisan dan ilustrasi buku bergambar kanak-kanak
  • Seramai 24 orang pengkarya dalam kalangan guru dapat diberi latihan melalui bimbigan Sdr. Mohd. Yusof Ismail ( Yusof Gajah)
  • Perluasan pendedahan berkaitan sastera kanak-kanak dalam kalangan guru, pensyarah IPGM dan pelatih IPGM
  • Penjualan hak cipta karya berjumlah USD 10,000.00