14th International Story Telling Festival, Bandar Abbas, Iran

Objektif

Penyertaan ke 14th International Story Telling Festival di Bandar Abbas, Iran adalah jemputan daripada Institute of Intellectual and Creative of Child Development atau Kanoon Parvaresh, Iran. Festival bercerita ini diadakan setiap tahun dan penyertaan adalah daripada pelbagai negara daripada seluruh dunia. Festival ini diadakan di setiap bandar utama di Iran bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan kebudayaan setempat dan antarabangsa melalui sesi bercerita. Kehadiran wakil Malaysia adalah untuk :

  • Menimba pengalaman pengurusan festival buku peringkat antarabangsa
  • Meluaskan rangkaian hubungan bersama negara lain dalam pengembangan budaya membaca dalam format bercerita

 

Tarikh: 19 hingga 23 Februari 2011

 

Aktiviti/ Kejayaan/ Impak

Menyertai festival bercerita bersama –sama negara lain seperti Rusia, Norway, Jerman, Afganistan, Pakistan, Libya, Arab Saudi, Greek, Poland, Kenya, Thailand, Indonesia, Iran dan Croatia.