Program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengenalan

Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di empat lokasi sepanjang tahun 2011. Program yang dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri telah berjaya menarik masyarakat setempat untuk mengenali KPM dengan lebih dekat lagi.
Sepanjang dua hari program ini dijalankan orang ramai yang datang untuk mendapatkan khidmat dari beberapa Bahagian KPM amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. MBKM telah menyertai HBP yang diadakan di dua lokasi iaitu di IOI Mall, Kulai Johor pada 9dan 10 Julai dan di Bintang Plaza, Miri, Sarawak pada 24 & 25 September 2011.

Objektif penyertaan MBKM menyertai HBP adalah untuk :

  • Memperkenalkan peranan MBKM dalam mempromosikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur;
  • Mengadakan pertemuan dengan pelanggan di lokasi yang disertai bagi memberi penerangan peranan dan fungsi MBKM di KPM;
  • Mengadakan khidmat kepada masyarakat dalam mengembangkan budaya membaca; dan
  • Memperkenalkan produk MBKM seperti kursus penulisan, industri perbukuan, pengurusan maklumat, sumbangan buku dan pengkaryaan.

Semasa program ini diadakan di Kulai, MBKM telah menyerahkan sumbangan buku ULAM-Salads Herbs of Malaysia kepada Pengarah JPN Johor semasa Majlis Pelancaran HBP manakala di Miri Sarawak, sumbangan buku ULAM telah diserahkan kepada Ketua Sektor Akademik, JPN Sarawak. Selain itu MBKM juga mengadakan aktiviti Kuiz Memperkaya Minda untuk pengunjung-pengunjung yang hadir pada hari tersebut.