Penubuhan Kota Buku

Dasar Buku Negara (DBN) telah menyarankan agar diwujudkan suatu agensi perbukuan negara yang disebut sebagai “Pusat Buku”, bagi  menghimpunkan kegiatan perbukuan pada satu pusat pertemuan. Bagi menjayakan hasrat ini Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) yang terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang berperanan membangun dan menggerakkan segala perkara yang berkaitan dengan perbukuan dan pembacaan sentiasa berusaha untuk merealisasikan “Pusat Buku” tersebut.

Penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 25 Ogos 2010 dan Perbadanan Kota Buku telah ditubuhkan pada 6 Julai 2011 di bawah Syarikat Berhad Menurut Jaminan, Akta Syarikat 1965.

Pada masa ini, Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti dan mencadangkan tapak KBKL di Lot 690, Seksyen 46, Mukim Kuala Lumpur yang sekarang ini menempatkan Sekolah Kebangsaan (Lelaki) Jalan Batu yang terletak di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Objektif penubuhan Kota Buku adalah seperti berikut :

  1. menyediakan infrastruktur kepada semua usahawan industri berkaitan buku dan persatuan buku tempatan di bawah satu bumbung;
  2. menjadi pusat pameran dan jualan buku terbitan syarikat  tempatan dan luar negara;
  3. menjadi pusat pertemuan kepada pelbagai urusan jual beli buku dan bagi pelbagai urus niaga membabitkan industri buku;
  4. menyediakan kemudahan kepada pustakawan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan semua pihak berkaitan untuk  mendapatkan koleksi buku terkini terbitan dalam dan luar negara;
  5. menyediakan infrastruktur bagi pelbagai aktiviti membabitkan   pembangunan industri buku;
  6. menyediakan ruang yang berfungsi sebagai pusat pameran mini bagi proses lengkap penerbitan sesebuah buku; dan menyediakan kemudahan bagi melaksanakan aktiviti pengumpulan maklumat untuk apa juga perkara berkaitan industri buku negara.

Aktiviti/ Kejayaan/ Impak:
Sebagai urus setia penubuhan Kota Buku ini, beberapa peristiwa  penting telah berlaku  iaitu :

  1. 25 Jun 1998:  Cadangan  mewujudkan Kampung Buku Kuala Lumpur
  2. 1 Mei 2005: Pengumuman  Pertama oleh Datuk Seri Najib Tun Razak  di Majlis Perasmian Dewan Industri Buku Malaysia
  3. 19 Mei 2009: Pengumuman Kedua oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam majlis anjuran ITNM
  4. 23 Mac 2010: Pembentangan Projek Brief KBKL dan Muzium Pelajaran Nasional kepada EPU
  5. 22 April 2010: Mesyuarat Kertas Jemaah Menteri KBKL
  6. 25 Oktober 2010: Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan Penubuhan Kota Buku dengan Geran Permulaan RM 30juta
  7. 9 November 2010: YAB Menteri Pelajaran bersetuju  dengan Penubuhan Perbadanan Kota Buku
  8. 9 Disember 2010: YAB Menteri  Pelajaran bersetuju dengan cadangan YBhg. Tan Sri Dato’ Dr Asiah Abu Samah sebagai Pengerusi Perbadanan Kota Buku
  9. 6 Julai 2011: Perbadanan Kota Buku  didaftarkan sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Akta Syarikat 1965.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah telah diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 25 Ogos 2011, 19 Oktober 2011 dan 21 Disember 2011 bagi membincangkan hal tuju dan aktiviti yang selari dengan penubuhannya.

Terdapat beberapa aktiviti telah diadakan dilaksanakan sepanjang tahun 2011 antaranya :

  • Aktiviti bersama  Sir Richard Booth – Raja Buku Dunia (17 hingga 22  Mac 2011)
  1. Sesi pertemuan   bersama Sir Richard  Booth dengan Persatuan Penerbit dan orang  Perseorangan
  2. Lawatan ke Kampung   Buku Melaka dan Langkawi
  3. Pertemuan bersama kumpulan pembaca  Baca@ LRT
  4. Lawatan ke Book Access di Amcorp Mall
  5.  Penampilan di Hello On Two RTM 2
  • Aktiviti Profesional 3.00 hingga 5.00 petang sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (22 April hingga 1 Mei 2011)
  1. Bengkel : Teknik Bercerita
  2. Hari Buku dan Hak Cipta
  3. Jejak Buku
  4. Pelancaran Buku
  5. Bagaimana Menulis dan Menghasilkan Buku  Bergambar -Yusof Gajah
  6. Bicara Buku
  7. Bengkel Cara membuat Boneka dan Bercerita
  8. Bengkel Cara Membuat    Boneka dan Becerita
  9. Ceramah : Penulis Buku Kanak-  kanak dan Remaja Pn. Izah Abd. Aziz
  10. Perkongsian Ilmu Menulis Buku Fiksyen  Sains dan Teknologi Dr. Lim Swee Tin
  11. Forum Sastera :  Mengantarabangsakan  Sastera – SN A. Samad Said, SN Muhammad Hj Salleh
  • Festival Buku Kanak-kanak 2011 (27 Okt. hingga 2 Nov. 2011)
  1. Seminar Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja
  2. Bengkel penulisan buku   kanak-kanak
  3. Bengkel ilustrasi dan animasi buku kanak- kanak
  4. Pameran ilustrasi (Hasil daripada Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Bergambar Kanak- kanak)
  5. Pameran dan promosi buku kanak-kanak
  6. Pameran Buku Untuk  Orang Kurang Upaya  daripada  IBBY
  7. Demonstrasi Teknik  Bercerita