Kursus Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-Kanak 4 Siri dengan Kerjasama BPG dan IAB

Nama Projek: Kursus Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-Kanak 4 Siri dengan Kerjasama BPG dan IAB

Objektif:

  1. Merangka dan menyelaras program pembangunan profesionalisme dalam bidang kepengarangan, penyuntingan, penerbitan, pengeluaran, dan pemasaran buku dan bahan eletronik
  2. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta menghasilkan Buku Bergambar Kanak-kanak yang mempunyai kualiti untuk kegunaan pendidikan.
  3. Kursus ini juga merupakan projek rintis dan hanya melibatkan negeri sekitar Lembah Kelang sahaja sebagai permulaan.

Tarikh: 15-17.07.11 , 29-31.07.11 , 23-25.09.11 , 30.09-02.10.11

Tempat: Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, Genting Highlands

Kumpulan Sasar: Guru serta Pegawai IPGM dan KPM

Kejayaan /Impak
Kursus ini telah berjaya melatih para peserta dalam pelbagai aspek penghasilan buku bergambar kanak-kanak termasuklah tentang:

  1. Apa itu yang dikatakan buku bergambar, bagaimana ia dihasilkan, apa yang kanak-kanak lihat didalam buku bergambar dan kenapa kita menulis dan mengillustrasi buku bergambar.
  2. Bagaimana mendapatkan idea untuk menghasilkan sebuah buku bergambar yang baik dari segi pengalaman , emosi , konsep, nilai nilai hidup melalui kefahaman dan pemerhatian.
  3. Mengarang cerita dan storyboard.
  4. Menghasilkan dummy untuk buku bergambar. Peserta bengkel diajar membuat dummy berdasarkan cerita yang telah dihasilkan pada sessi pagi.
  5. Sessi Storytelling . Peserta diminta bercerita mengenai cerita yang dihasilkan dengan mengunakan dummy.