Majlis Anugerah Buku Malaysia 2008

Karyawan dan buku tidak dapat dipisahkan. Karyawan juga merupakan nadi utama dalam bidang perbukuan. Justeru itu untuk memartabatkan karyawan tempatan dalam bidang perbukuan, maka sudah sampai masanya Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) menghidupkan semula penganugerahan ini untuk memastikan karyawan-karyawan perbukuan diberi galakan dan sokongan yang sewajarnya. Buku-buku yang diterbitkan pada tahun 2008 telah dibuat penilaian dan dipilih sebagai buku terbaik 2008 untuk diberi penganugerahan pada tahun ini. Anugerah ini juga dapat memberi insentif dan motivasi kepada para karyawan perbukuan supaya dapat memajukan karya mereka.

Majlis Anugerah Buku Malaysia ini bakal diadakan pada 22 Disember 2009 bertempat di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Sama-samalah kita berdoa agar segala perancangan ini dapat direalisasikan dengan lancar.