Pra-Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

BUKU: LAKARAN MASA DEPAN. Itulah tema kecemerlangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PBAKL 2010). Majlis Buku Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali dengan MBKM akan meneruskan lagi kecemerlangan di dalam penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke 29 pada tahun 2010. MBKM dan PBAKL sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kali ini MBKM dengan kerjasama Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan PBAKL 2010 mulai 19 hingga 28 Mac 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur . Pesta buku ini merupakan antara pesta buku yang terunggul di rantau ini yang disertai oleh syarikat dan agensi kerajaan dari dalam dan luar negara.

Rentetan daripada itu, Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2010 bakal diadakan dalam rangka promosi PBAKL 2010 pada 20 November 2009 bertempat di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur. Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2010 ini akan disempurnakan oleh Y.B. Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Sudah pastinya kecemerlangan dan kehebatannya dapat dipertingkatkan dengan sokongan dan kerjasama semua.