Penulisan Semula Dasar Buku Negara

Dasar Buku Negara telah diterbitkan pada tahun 1992 dan perlu dinilai semula selaras dengan tahap literasi masyarakat Malaysia yang sudah meningkat ketika ini. Banyak persoalan yang timbul tentang dasar ini kerana pernyataan dasar itu sendiri yang tidak jelas dan kerana dunia perbukuan di negara ini tidak berkembang sebagaimana yang diharapkan. Begitu juga tentang kedudukan DBN dalam hubungannya dengan dasar-dasar lain khususnya tentang kebudayaan dan pendidikan.

Malaysia memerlukan Dasar Buku Negara (DBN) yang lengkap dan bersepadu (integrated) untuk mencapai cita-cita membentuk masyarakat yang membaca. Buku bukan sahaja dapat memperkaya kehidupan manusia tetapi juga dapat melahirkan persefahaman dan perdamaian antara masyarakat berbilang bangsa dan kebudayaan.

Adalah diharapkan dengan adanya DBN yang baru, ia akan dapat meningkatkan keperluannya dalam perkembangan pesat dunia informasi sekarang ini.