Penubuhan Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dalam usaha mengembangkan ilmu melalui dunia perbukuan dan perluasan bahasa akan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas yang terdiri dari beberapa Bahagian di Kementerian Pelajaran. Program dan aktiviti yang dirancang adalah untuk memastikan buku dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai dengan keperluan negara.

Melalui usaha ini adalah diharapkan rakyat Malaysia dari semua golongan akan mempunyai minat membaca yang tinggi dan menjelang tahun 2020, masyarakat Malaysia boleh dianggap sebagai masyarakat yang membaca selaras dengan matlamat kerajaan memperkasakan bahasa Melayu memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Dengan adanya program ini, aktiviti yang diadakan lebih terancang dan buku yang diterbitkan juga mencapai mutu yang baik dari segi kandungan dan bentuk fizikalnya.